Sekarang semester baru dah pun bermula. This is my last semester. *hopefully* huhu. Selalunya minggu pertama kuliah ni memang busy la, nak arrange jadual lagi, nak add subject itu, nak drop subject ini. Tak kira lagi subject yang kita nak ambik tapi clash pulak dengan subject lain. Kena jumpa lecturer lagi untuk fix benda tu silap-silap kena tukar plan asal. Isk isk isk. Ini mengikut pengalaman student Chemical Engineering UM la. Tak tahu lah orang lain macam mana. Sama je kot. Huihui ;p
Bagi yang dapat tajaan JPA tu mesti tak sabar nak tunggu bilalah duit nak masuk kan. Yang mana dapatPTPTipu PTPTN pulak mesti asyik check account balance kan. *jangan tipu!* Haha mesti semua gelisah tak sabar nak shopping baju kat midvalley beli buku kang habis pulak buku kat pekan buku nanti terpaksa fotostat pastu berdosa sebab melanggar hakcipta terus result tak dapat A nanti. Ceh beli buku setinggi KLCC pun belum tentu boleh lulus. Diulang ye kawan-kawan. BELUM TENTU BOLEH LULUS. Ye ini serius! *nada wonderpet* Belajar kat fakulti engineering ni especially Chemical Engineering memang azab gila. Tak percaya? tak percaya tanya la budak-budak chemy.
Bagi yang dapat tajaan JPA tu mesti tak sabar nak tunggu bilalah duit nak masuk kan. Yang mana dapat
Eh termembebel pulak. Mana tips bijak berbelanja nya. Hakhak. Okay, tips-tips ini saya tujukan khas pada mereka yang tak dapat tajaan biasiswa, tak dapat pinjaman PTPTN dan juga yang tak dapat apa-apa bantuan kewangan lah senang cerita. Yang dapat biasiswa & pinjaman tapi masih rasa tak cukup dipersilakan jugak mempraktikkan tips-tips ini. ;) Maklumlah semuanya dah mahal sekarang. Macam-macam nak kena bayar. Yuran kolej, yuran pengajian, buku, makan, duit minyak kereta motor, kereta kena clamp lagi *kat UM tak sah kalau tak kena clamp*, topup henfon, topupkan gurlfren pulak, yang mana tak dapat kolej sewa rumah lagi, broadband etc etc. Okay dah dah plis go straight to the topic.
Tips-tips ni takde lah gempak mana pun. Tapi tak kira nak kongsi jugak. Hakhak! Okay, lets enjoy the tips.
1. Mengurangkan perbelanjaan top up henfon. Yang mana selalu telefon mak tu cakapla kat mak tak boleh selalu sebab kena jimat, nanti bila dah takde duit mintak kat mak jugak kan. Hehek. Kalau yang ada pakwe tu, agak-agak la takkan nak bergayut tiap-tiap hari, sumpah pakwe anda tu bosan asyik dengar suara menggedik anda tu kat telefon. Kah kah. Tapi kalau anda jenis yang tak-cakap-sehari-dengan-pakwe-pon-boleh-mati-woo, anda dinasihatkan supaya guna YM, googletalk, skype etc etc. Kan free tuh.
2. Mengurangkan aktiviti shopping. Yang ni memang khas la ditujukan kat semua kaum perempuan. Tapi tak tahu la pulak kan kalau ada lelaki yang seminggu sekali pun sibuk menempek kat kedai mekap beli pelebat kening lah krim bagi muka nampak macho lah misai palsu lah *konon nak muka macam Johnny Depp*. Haish macam-macam. Yang perempuan konon-konon kata nak window shopping je janganlah nak bohong. Kang rambang mata, pantang tengok sales, mula-mula cakap tanak beli apa-apa, sekali habis barang kat Jusco tu kau borong.
3. Mengurangkan aktiviti makan-makan. Takdelah sampai tak makan langsung kang mana pulak datangnya energy nak study. *Study ke??* Maksud saya kurangkan makan yang mahal-mahal. Takkan lah tiap-tiap hari nak makan Nando's, Tony Roma's, Chicken Chop Kg. Baru. Kang kalau dah gemuk sibuk pulak habiskan duit pergi Marie France lah beli jamu mak dara lah Jusmate Dr Rozmey lah. Isk bahaya nasib baik Dr. Rozmey takde produk syampu. Kalau tak confirm rambut anda jadi seperti cendawan macam rambut beliau. Kah kah kah *tiba-tiba*
4. Mengurangkan aktiviti berjoli sakan seperti menonton wayang, berkaraoke, bermain bowling dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengeluaran wang yang dahsyat. Sebulan sekali cukuplah. Kalau tiap-tiap minggu bila masa pulak nak study kan. Lepas tu mula lah cakap lecturer tak relevan bagi assignment tak cukup masa nak buat. Lepas tu sehari sebelum hantar assignment sibuk mesej kawan-kawan tanya siapa yang dah siap. Nak tiru ler tuuu. *bukan saya*
5. Membawa bekal semasa berdating dengan pakwe anda. Haa jangan ingat budak sekolah je boleh bawak bekal pergi sekolah. Anda pon boleh. Semuanya terletak di tangan anda. Faham? Okay bagus. Rajin-rajin lah bukak buku resepi, tak pun cari je kat internet. Pilih je nak masak kari ikan ke, ayam masak kicap ke, telur goreng ke. Nescaya, pakwe anda akan kenyang dan tersenyum girang. *itupun kalau anda masak sedap la* Ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan, malah dapat mengeratkan silaturrahim dengan pasangan anda. Ececeh!
Sambal tumis udang, ayam masak oyster, sayur campur & 2 nasi. :) |
U'oll jangan ingat I main-main. I praktik tau tips-tips ni. Buktinya tengok gambar di atas. Ihik ihik.
6. Bertukar kepada outdoor activity. Yang mana dah selalu tengok wayang, karaoke, bowling, cuba-cuba lah aktiviti luar bangunan pulak. Tak bosan ke buat benda yang sama je tiap-tiap minggu. Kalau sehari dating tengok wayang + karaoke + makan-makan tak ke habis dalam RM60 untuk anda berdua. Kan lebih jimat kalau dating di tepian pantai, mendaki bukit broga serta berjoging bersama pakwe anda di tasik-tasik yang indah termasuk Tasik Universiti Malaya. Selain penjimatan maksimum, anda juga boleh menikmati suasana romantik bersama pasangan serta menyihatkan badan dengan aktiviti sukan.
No comments:
Post a Comment