Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:
* Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih jenama barangan tertentu.
* Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah.
* Bagi menggelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar.
* Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.
* Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.
* Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.
* Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran.
Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet
No comments:
Post a Comment