my anime

Saturday, 12 November 2011

Macam mana nak berjimat cermat?

Assalamualaikum.

Dulu, zaman saya budak-budak, ayah selalu bercerita kepada saya yang semasa zaman ayah budak-budak, harga barang-barang sangatlah murah. kagumnya saya waktu tu..
Sekarang bila dah besar gajah macam ni, teringat balik cerita ayah tu.
Mungkin cerita yang sama akan saya ceritakan kepada anak saya bila diorang dah besar sikit nanti.
“Jajan ni, zaman ayah kecik-kecik dulu, 20 sen jek tau harganya“..
Itulah realiti kehidupan.
Kalau dulu-dulu, RM10 ringgit dah boleh beli macam-macam,
sekarang ni, RM50 pon dah tak berapa nampak barang-barang yang boleh dibeli.
Kalau dulu-dulu, sayang nak pecahkan sekeping duit RM10 sebab takut cepat habis,
sekarang ni, sekejap jek boleh habis sekeping duit RM10 tu.
Memandangkan RM RM boleh mengalir laju untuk dihabiskan, tapi mengalir lesu untuk dapat,
apa kata kita cuba berjimat.
Buat yang ingin berjimat, mungkin kita boleh guna idea saya di bawah ni.
(idea jek tau..kalau ada salah dan silap, meh sama-sama kita betulkan).

1. Kurangkan makan di luar.
    – Cubalah masak dan makan di rumah. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai.
   – Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah.
(Saya zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap hari bawak bekal yang mak masak. 50 sen yang ayah kasi, boleh di simpan).
2. Order air kosong
     – Kalau takde pilihan, kena makan kat luar juga, apa kata untuk minuman, order je air kosong.
Banyak beza harga di antara air kosong dan milo, sirap,air buah dll.
(Segan nak minum air kosong di kedai makan? wah..kita kan tengah bersembang tips untuk berjimat ni..hehe)
3. Kurangkan makan di Fast Food.
     – Zaman sekarang ni, KFC, McDonalds, Pizza dll (sekadar menyebut beberapa contoh) bukanlah restoran yang asing bagi kita di Malaysia. Hampir setiap orang pernah makan di sini. Kepada yang kerap makan di restoren seperti ini, bolehlah kurangkan ye lepas ni…Kalau biasa makan sebulan 2 kali, cubalah kurangkan jadi sebulan sekali.
4. Merokok?     – Bab ni maybe sensitif sikit.hehe.
       Tapi kalau dapat berhenti merokok, memang banyak sangat jimatnya.
       Bukan kurangkan merokok tau, berhenti terus. Ada berani? hehe.. :)
5. Jimatkan air dan elektrik
    – Macam mana nak jimatkan air?
        i. Tutup air sewaktu gosok gigi.
           Biasanya orang suka biarkan air mengalir di singki ketika gosok gigi. Apsal ye?
       ii. Tutup air ketika bersabun
           Kalau mandi guna ‘air hujan’ tu, tutup lah sekejap air sewaktu bersabun. Kan dapat jimatkan air..
   – Macam mana nak jimatkan elektrik?
      i. Tutup kipas dan lampu di tempat yang tidak digunakan.          Tengok TV kat ruang tamu, tapi kipas dalam bilik tidur yang takde orang tu terpasang. Kan dah membazir elektrik tu.
     ii. Seterika baju dalam kuantiti yang banyak untuk sekali seterika.
OK. 5 dulu idea dari saya.
Kawan-kawan ada idea lain tak yang bernas?
Meh berkongsi idea di sini.

TIP AMALAN BERJIMAT CERMAT


Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:


  • Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga - Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.
  • Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan - Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.
  • Tip 3: Masak sendiri - Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.
  • Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah - Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat  paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.
  • Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri - Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.
  • Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas - Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.
  • Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran - Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.
  • Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah - Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.
  • Tip 9: Beli secara pukal - Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.
  • Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu - Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.
  • Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama - Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.
Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.

Jimat Wang Ketika Membeli-Belah

Masyarakat senantiasa menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk membeli barangan runcit bagi kegunaan   harian. Perancangan yang teliti sebelum membeli barang kegunaan harian dan kaedah penjimatan bagi bahan makanan di pasar raya merupakan cara mudah untuk mengurangkan kos perbelanjaan rumah tangga.
Sekiranya individu hendak menjimatkan jumlah perbelanjaan bulanan masing-masing, pengguna hanya perlu melakukan beberapa penyesuaian yang mudah:
* Pemilihan barangan jenama generik atau ‘store brand’ yang sedia ada di pasar raya sememangnya kedua-dua produk menggunakan bahan yang sama namun pembeli membayar lebih dengan memilih  jenama barangan tertentu.
* Ketika membeli-belah, pengguna gemar melihat barangan yang disusun di rak-rak yang teratas dan sentiasa membeli barangan yang disusun pada aras mata sebaliknya ada yang langsung tidak mengendahkan barangan yang disusun di rak-rak bawah. Wal hal, barang-barang yang disusun di rak terbawah merupakan barangan yang berharga rendah.
* Bagi menggelakkan perbelanjaan tambahan, konsumer boleh makan sebelum membeli-belah di pasar raya. Ini bukan sahaja dapat menghindari pengguna daripada berbelanja di restoran-restoran makanan segera malah keinginan pengguna untuk membeli bahan makanan yang lebih juga akan kurang kerana tidak lapar.
* Penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli akan membantu pengguna ketika membeli barangan harian. Barang-barang yang disenarai dan bahan-bahan yang diperlukan untuk sesuatu hidangan sahaja dibeli dan tidak membeli dengan sewenang-wenangnya mampu mengurangkan kos ketika membeli-belah.
* Individu juga digalakkan membeli-belah secara bersendirian. Membeli-belah bersama keluarga dan anak-anak boleh menyebabkan seseorang berbelanja lebih untuk item yang mereka inginkan serta yang tiada tercatat dalam senarai anda.
* Seandainya pengguna ingin membeli-belah, bawalah sejumlah wang yang kecil seperti RM 50 atau RM 100. Ia boleh menghindari seseorang daripada berbelanja lebih dan cuma membeli barang-barangan yang diperlukan sahaja.
* Setiap pasar raya sememanya disusun dengan item-item tertentu di kaunter pembayaran bagi menarik minat pelanggan dan item-item ini mempunyai kos yang tinggi. Pengguna juga diingatkan supaya menhindari daripada melakukan pembelian di saat terakhir di kaunter-kaunter pembayaran.
Walaupun terdapat pelbagai cara untuk berjimat ketika membeli-belah namun pilihan masih di tangan pengguna. Jadilah pembeli yang bijak dan berbelanjalah mengikut bajet

[Tips] Cara Hidup Sederhana itu Menjimatkan

tips jimat belanja [Tips] Cara Hidup Sederhana itu Menjimatkan ..Salam 1bloggers,
Hari-hari kita dapat berita kenaikan baik harga minyak, harga barang keperluan, kadar tarif elektrik, kos sara hidup .. akhirnya kita yang naik angin, naik darah dan naik ‘hantu’. Tak kira samada dalam akhbar, TV, malah di kedai kopi sekali pun turut membincangkan isu yang sama. So, untuk menghadapi cabaran hidup yang semakin mencabar kini, apa kata kita berkongsi tips-tips penjimatan. Kata orang, cara hidup sederhana itu adalah pilihan terbaik dan menjimatkan. Betul ker?
Cara hidup sederhana sememangnya dituntut dalam agama. Kenapa dan mengapa? Ini kerana ianya lebih banyak kelebihan berbanding kekurangan. Lebih-lebih lagi dalam konteks berjimat cermat nih. Tapi bagaimana cara hidup sederhana ini dapat menjimatkan wang yang banyak? Mari kita tengok ..
  1. Anda suka ‘ngeteh’ atau minum di kedai kopi? Apa kata kalau korang bancuh sendiri jer minuman tuh selepas ni. Katalah sebelum nih anda habiskan RM1 x 2 kali sehari setiap hari. Dah jimat RM1-RM2 sehari.
  2. Amalkan minum air masak atau air kosong. Selain baik untuk kesihatan, ianya dapat menjimatkan duit korang daripada banyak membeli bahan seperti milo, kopi, susu dan gula tiap-tiap bulan.
  3. Banyak habiskan masa bersama keluarga di rumah especially sepanjang waktu cuti. Sekarang, keluar rumah jer dah nak kena duit. Masuk toilet pun kena bayar tau. Kalau teringin sangat nak bercuti di luar, apa kata korang set masa pada hujung tahun jer atau sekali setahun. Kan lebih jimat dan masa tuh lebih dihargai.
  4. Gunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan sendiri. Contohnya nak ke bandar, naik bas tambang jer. Katalah tambang bas tu RM2. Kalau naik kereta, kos sebanyak tuh cukup untuk parking jer. Belum kira kos minyak kenderaan, tol dan lain-lain lagi.
  5. ‘Car pool’ atau gunakan kenderaan jimat minyak. Kalau korang ada kawan-kawan atau jiran yang berkerja di kawasan yang sama, baik berkongsi kenderaan. Tak pun gunakan kenderaan yang lebih jimat minyak seperti kereta kompak dan motosikal. Nak lagi jimat, gunakan jer basikal atau berjalan kaki (jika dekat).
  6. Berhenti atau kurangkan beli akhbar. Nak tengok berita terkini dan isu semasa, apa kata tengok kat Akhbar Online atau tunggu jer berita TV. Dah jimat RM1-RM2 sehari.
  7. Jika anda suka membaca, apa kata baca buku di Perpustakaan Awam. Lebih jimat daripada anda membeli sendiri buku dan majalah. Tak pun bertukar-tukar buku dan majalah dengan kawan-kawan.
  8. Membayar bil utiliti secara Online. Lebih menjimatkan masa dan wang. Tak perlulah nak beratur panjang atau menghabiskan minyak kenderaan semata-mata nak bayar bil.
  9. Jangan langgan TV berbayar. Kalau setakat nak tengok bola secara ‘live’, kat internet dan kedai mamak pun boleh tengok. TV Percuma pun dah banyak channel sekarang nih. Itu lebih baik daripada korang bayar untuk tengok siaran yang diulang-ulang. Siaran Eksklusifnya sekali sekala jer.
  10. Berhenti merokok. Haa.. nih memang cabaran hebat nih kepada perokok tegar. Selain untuk kesihatan, kalau korang berjaya sememangnya akan menjimatkan banyak duit poket korang.
  11. Jaga kesihatan dan selalu bersenam. Itu lebih baik dan menjimatkan daripada korang sering kena jumpa doktor dan bayar kos perubatan.
  12. Gunakan Kad Debit berbanding Kad Kredit. Kad Kredit nih orang kata ‘kad hutang’. Kalau tak pandai kawal, bukan memudahkan malah akan membebankan. Baik guna Kad Debit, ada duit baru boleh guna.
  13. Bayar lebih daripada had bayaran minimum untuk kad kredit, pinjaman, dan sebagainya. Berkesan untuk jangkamasa panjang daripada anda kena bayar ‘bunga’ kerana terlewat. Tempoh hutang pun dapat dipendekkan.
  14. Bayar kepada diri sendiri. Kata lainnya ‘saving’lah atau pun simpanan. Selain bayar hutang, apa kata korang agihkan untuk simpanan sendiri. Boleh digunakan di masa depan atau apabila terdesak dan memerlukan.
  15. Kalau nak beriadah atau bersiar-siar, jangan pergi shopping complex. Apa kata pergi ke taman-taman rekriasi atau tepi pantai. Tak der lah ter’belanja’ beli macam-macam yang tak perlu.
  16. Ketika membeli-belah, sediakan senarai barang-barang yang ingin dibeli. Tak der lah korang ‘ter’beli selain daripada senarai keperluan yang sekali gus akan meningkatkan kos perbelanjaan.
  17. Membeli barang basah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar-pasar Tani tempatan yang berdekatan. Bukankah lebih segar dan lebih murah berbanding di Hypermarket. Nak lagi jimat, tanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan tu.
  18. Berbelanja ketika ada potongan harga atau ‘Sales’ sahaja. Biasanya pada hujung bulan dan awal bulan (ketika gaji). Beli barang keperluan untuk sebulan terus. Selain jimat duit, jimat masa anda daripada nak berbelanja berkali-kali.
  19. Tidur awal. Selain akan membuatkan korang cukup tidur, korang juga akan dapat bangun awal keesokan harinya. Dan yang paling penting, korang dapat menjimatkan bil elektrik rumah korang.
  20. Had masa mandi. Jangan ambil masa terlalu lama (nak berkaraoke, berposing depan cermin, termenung, dsb) untuk mandi jika tak mahu bayar bil air yang tinggi tiap-tiap bulan. Kalau boleh guna ‘shower’ atau sebaldi air untuk setiap sesi mandian.
  21. Puasa setiap Isnin dan Khamis. Pahala dapat, kesihatan dapat, duit pun jimat.
  22. Berambut pendek atau botak. Selain lebih kemas dan segak, ianya lebih menjimatkan daripada tiap-tiap bulan kena ke kedai potong rambut. Bayaran setiap sesi sama juga.

Tips jimat belanja

1.Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.
Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.
Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !
2. Beli barangan second hand @ lelong murah
Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat
Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh
lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku second hand termasuklah di www.lelong.com.my
Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.

3. Musim Promosi & Megasale
Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.
4. Manfaatkan kelebihan iTalk & Promosi Terkini
Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
5. Kitar Semula / Recycle
Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih
bersih.
6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.
7. Beriadah di tempat awam
Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan

Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.
9. Kurangkan makan di fast food restaurant
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.
10. Masak & Makan di rumah
Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.
11. Rancang perjalanan & jimat petrol
Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana.
Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

12. Semak bil utiliti bulanan anda

Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.
Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut
lelama.

13. Jimat letrik & air

Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.
Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaansekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka.
Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

14. Kelebihan Insurans/Medical Card

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Tapi pastikan pelan yang dipilih benar-benar sesuai dengan keperluan anda.
15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’
Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.
16. Guna Kad Kredit dengan Bijak
Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.

17. Beli Gadjet jika benar2 diperlukan saja

Cuba hold dulu beli gadjet yg baru keluar di pasaran. Insya-Allah x lama lagi gadjet tu pasti turun harga. Pastu selidik dan kaji pakej gadjet yg ditawarkan. Cth to own smartphone, let say HTC7, phone rm 1399, kene subscribe talk plan rm50 sebulan, data plan 75 sebulan for 1 year contract, 1 tahun alone dh kene bayar dekat rm3k. kalau tak guna leh jimat 3k!! “Peer pressure mmg tak best, kita rasa teringin nak beli iphone bila kawan2 kita ada. Apapun iphone mahal, kene subscribe data plan dgn kontrak 12 bulan pulak tu. Kelak habis jer duit. Jadilah seperti ikan kt laut, walau berenang dan bernafas dalam laut masin, isi ikan tetap tak rasa masin”
18.Pilih Broadband Terbaik & Paling Sesuai
Terlalu banyak pakej yg ditawarkan pada masa ini. Tak salah kalau kita menukar pelan yg mungkin lebih sesuai dengan kita. Jadi semaklah pakej2 terkini di website2 internet service provider yg ada.

19. Bayar Bil Online

Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.
20. Berhenti Merokok
Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda

Friday, 11 November 2011

7 Langkah Bijak Berbelanja



Berikut adalah antara 7 langkah mudah dalam menguruskan pengunaan wang anda dalam keadaan terbaik ketika berbelanja.

#1: Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)

Amalan yang terbaik ketika hendak berbelanja adalah dengan menjauhi kad kredit. Anda tidak akan terlebih berbelanja sekiranya anda tidak membawa bersama kad kredit semasa membeli-belah. Tinggalkan sahaja ia di rumah dan jangan sekali-kali membawanya bersama di dalam beg duit ataupun beg tangan. Jika ia bersama anda, kebarangkalian anda untuk swipe adalah tinggi! Faktor anda tidak nampak duit anda keluar ketika membayar inilah yang seringkali menyebabkan anda terlebih dalam berbelanja tanpa anda sedari.

#2: Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)

Jika anda inginkan kebebasan kewangan dalam jangka masa yang panjang, tetapkanlah satu matlamat di mana anda akan selalu diingatkan untuk tidak berbelanja sesuka hati demi mengejar impian tersebut. Sebagai contoh, anda ingin bebas kewangan dalam masa 5 tahun sahaja lagi, tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tetapkan satu tarikh berserta jumlah simpanan yang anda inginkan. Letakkan matlamat tersebut di tempat yang anda mudah nampak seperti cermin, peti ais, meja pejabat dan sebagainya. Matlamat ini akan menjadi pengawal kepada tingkah laku anda untuk berbelanja. Baca matlamat ini setiap hari.

#3: Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)

Adakah beg tangan atau kasut baru menjadi tarikan kepada anda semata-mata atau anda betul-betul memerlukannya? Sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk memiliki beg tangan atau kasut baru tersebut, lebih baik anda berfikir seketika. Jika ia adalah keperluan dan berada dalam lingkungan bajet anda, teruskan untuk membuat pembelian. Jika ia hanyalah kehendak anda, fikirkanlah kesan selepas anda membuat pembeliannya. Adakah anda gembira jika dapat memilikinya ataupun anda sekadar ingin penuhkan wardrob. Atau adakah anda betul-betul mampu untuk memilikinya? Sekiranya masih ada lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi, pertimbangkanlah untuk memiliki beg tangan ataupun kasut baru itu tadi. Perkara paling utama dalam berbelanja adalah anda perlu jujur kepada diri sendiri dan berani untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang tidak mendesak anda untuk memilikinya buat masa sekarang.

#4: Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)

Perkara yang paling mudah dan selalunya diabaikan ketika ke luar berbelanja adalah dengan menulis senarai barangan yang diperlukan. Bila kita tidak mempunyai senarai barangan yang diperlukan, daripada ingin membeli satu barang sahaja maka tanpa disedari kita sudah terlebih berbelanja. Mula-mula nak beli lampin anak, jalan selangkah ada tawaran syampu, promosi kopi, tudung murah dan sebagainya. Akhirnya daripada membeli lampin sahaja, beg plastik yang ringan menjadi berat. Tetapkan apa barangan yang perlu dibeli sahaja, jika anda tergoda untuk membeli selain daripada senarai, masukkan barangan tersebut dalam senarai pembelian yang akan datang.

#5: Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)

Memang tidak dapat dinafikan sama sekali sifat setiap individu inginkan sesuatu yang baru selepas penat lelah bekerja selama sebulan. Lihat kembali kepada bajet anda, fikirkanlah berapa banyakkah yang mampu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Sebagai contoh anda peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk membeli baju atau menonton wayang dan sebagainya. Berbelanjalah dalam tempoh sebulan tersebut dengan peruntukan tadi. Bilamana peruntukkan tersebut habis, berhentilah berbelanja! Tiada pengecualian dalam kes ini. Anda tidak dibenarkan sama sekali untuk berbelanja lebih daripada yang diperuntukkan.

#6: Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)

Jika anda seorang yang cepat dan mudah tertawan dengan promosi daripada jurujual, anda dinasihatkan untuk mencari seorang teman samada daripada rakan-rakan ataupun keluarga yang mampu untuk berkata tidak kepada sebarang tawaran yang di luar kawalan anda. Anda hanya dibolehkan ke luar berbelanja dengan syarat membawa mereka bersama, jika tidak jangan sekali-kali memberanikan diri keluar keseorangan, bimbang anda akan terjebak dengan kes terlebih berbelanja.

#7: Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

Perkara yang terbaik sebelum anda membuat senarai barangan untuk berbelanja adalah dengan meninjau terlebih dahulu harganya. Dengan adanya teknologi internet, anda bolehlah menyemak senarai harga di laman web yang berkenaan dan membuat perbandingan harga. Buat ulangkaji harga terlebih dahulu sehingga anda betul-betul yakin dan mendapat harga yang terbaik.

Tips Bijak Berbelanja

Sekarang semester baru dah pun bermula.  This is my last semester. *hopefully* huhu. Selalunya minggu pertama kuliah ni memang busy la, nak arrange jadual lagi, nak add subject itu, nak drop subject ini. Tak kira lagi subject yang kita nak ambik tapi clash pulak dengan subject lain. Kena jumpa lecturer lagi untuk fix benda tu silap-silap kena tukar plan asal.  Isk isk isk. Ini mengikut pengalaman student Chemical Engineering UM la. Tak tahu lah orang lain macam mana. Sama je kot. Huihui ;p


Bagi yang dapat tajaan JPA tu mesti tak sabar nak tunggu bilalah duit nak masuk kan. Yang mana dapat PTPTipu PTPTN pulak mesti asyik check account balance kan. *jangan tipu!* Haha mesti semua gelisah tak sabar nak shopping baju kat midvalley beli buku kang habis pulak buku kat pekan buku nanti terpaksa fotostat pastu berdosa sebab melanggar hakcipta terus result tak dapat A nanti. Ceh beli buku setinggi KLCC pun belum tentu boleh lulus. Diulang ye kawan-kawan. BELUM TENTU BOLEH LULUS. Ye ini serius! *nada wonderpet* Belajar kat fakulti engineering ni especially Chemical Engineering memang azab gila. Tak percaya? tak percaya tanya la budak-budak chemy.



 Eh termembebel pulak. Mana tips bijak berbelanja nya. Hakhak. Okay, tips-tips ini saya tujukan khas pada mereka yang tak dapat tajaan biasiswa, tak dapat pinjaman PTPTN dan juga yang tak dapat apa-apa bantuan kewangan lah senang cerita. Yang dapat biasiswa & pinjaman tapi masih rasa tak cukup dipersilakan jugak mempraktikkan tips-tips ini. ;) Maklumlah semuanya dah mahal sekarang. Macam-macam nak kena bayar. Yuran kolej, yuran pengajian, buku, makan, duit minyak kereta motor, kereta kena clamp lagi *kat UM tak sah kalau tak kena clamp*, topup henfon, topupkan gurlfren pulak, yang mana tak dapat kolej sewa rumah lagi, broadband etc etc. Okay dah dah plis go straight to the topic.

Tips-tips ni takde lah gempak mana pun. Tapi tak kira nak kongsi jugak. Hakhak! Okay, lets enjoy the tips.


1. Mengurangkan perbelanjaan top up henfon. Yang mana selalu telefon mak tu cakapla kat mak tak boleh selalu sebab kena jimat, nanti bila dah takde duit mintak kat mak jugak kan. Hehek. Kalau yang ada pakwe tu, agak-agak la takkan nak bergayut tiap-tiap hari, sumpah pakwe anda tu bosan asyik dengar suara menggedik anda tu kat telefon. Kah kah. Tapi kalau anda jenis yang tak-cakap-sehari-dengan-pakwe-pon-boleh-mati-woo, anda dinasihatkan supaya guna YM, googletalk, skype etc etc. Kan free tuh.

2. Mengurangkan aktiviti shopping. Yang ni memang khas la ditujukan kat semua kaum perempuan. Tapi tak tahu la pulak kan kalau ada lelaki yang seminggu sekali pun sibuk menempek kat kedai mekap beli pelebat kening lah krim bagi muka nampak macho lah misai palsu lah *konon nak muka macam Johnny Depp*. Haish macam-macam. Yang perempuan konon-konon kata nak window shopping je janganlah nak bohong. Kang rambang mata, pantang tengok sales, mula-mula cakap tanak beli apa-apa, sekali habis barang kat Jusco tu kau borong.
3. Mengurangkan aktiviti makan-makan. Takdelah sampai tak makan langsung kang mana pulak datangnya energy nak study. *Study ke??* Maksud saya kurangkan makan yang mahal-mahal. Takkan lah tiap-tiap hari nak makan Nando's, Tony Roma's, Chicken Chop Kg. Baru. Kang kalau dah gemuk sibuk pulak habiskan duit pergi Marie France lah beli jamu mak dara lah Jusmate Dr Rozmey lah. Isk bahaya nasib baik Dr. Rozmey takde produk syampu. Kalau tak confirm rambut anda jadi seperti cendawan macam rambut beliau. Kah kah kah *tiba-tiba*

4. Mengurangkan aktiviti berjoli sakan seperti menonton wayang, berkaraoke, bermain bowling dan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pengeluaran wang yang dahsyat. Sebulan sekali cukuplah. Kalau tiap-tiap minggu bila masa pulak nak study kan. Lepas tu mula lah cakap lecturer tak relevan bagi assignment tak cukup masa nak buat. Lepas tu sehari sebelum hantar assignment sibuk mesej kawan-kawan tanya siapa yang dah siap. Nak tiru ler tuuu. *bukan saya*

5. Membawa bekal semasa berdating dengan pakwe anda. Haa jangan ingat budak sekolah je boleh bawak bekal pergi sekolah. Anda pon boleh. Semuanya terletak di tangan anda. Faham? Okay bagus. Rajin-rajin lah bukak buku resepi, tak pun cari je kat internet. Pilih je nak masak kari ikan ke, ayam masak kicap ke, telur goreng ke. Nescaya, pakwe anda akan kenyang dan tersenyum girang. *itupun kalau anda masak sedap la* Ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan, malah dapat mengeratkan silaturrahim dengan pasangan anda. Ececeh!

Sambal tumis udang, ayam masak oyster, sayur campur & 2 nasi. :)
U'oll jangan ingat I main-main. I praktik tau tips-tips ni. Buktinya tengok gambar di atas. Ihik ihik.
6. Bertukar kepada outdoor activity. Yang mana dah selalu tengok wayang, karaoke, bowling, cuba-cuba lah aktiviti luar bangunan pulak. Tak bosan ke buat benda yang sama je tiap-tiap minggu. Kalau sehari dating tengok wayang + karaoke + makan-makan tak ke habis dalam RM60 untuk anda berdua. Kan lebih jimat kalau dating di tepian pantai, mendaki bukit broga serta berjoging bersama pakwe anda di tasik-tasik yang indah termasuk Tasik Universiti Malaya. Selain penjimatan maksimum, anda juga boleh menikmati suasana romantik bersama pasangan serta menyihatkan badan dengan aktiviti sukan.


Okay, renung-renungkan dan selamat beramal. ;p

tips dan cara belanja online di Internet.

Berbelanja secara online, sudah menjadi bagian dari gaya hidup wanita. Namun tidak sedikit pula kamu pria yang juga kecanduan membeli barang-barang secara online. Di internet segalanya bisa kita dapatkan dengan mudah. Apakah kita ingin membeli baju, sepatu, tas, dompet, jam tangan, parfum, HP, laptop, Televisi, dan masih banyak lagi yang bisa kita beli via internet. Sistem pembayarannya juga sangat beragam. Umumnya pembayaran dilakukan dengan cara mentransfer uang terlebih dahulu sebelum penjual online mengirimkan barang yang ingin Anda beli.
Jika segalanya berjalan lancar, tentu perasaan puas akan Anda rasakan dan besar kemungkinan Anda pun akan ketagihan untuk berbelanja lagi dan lagi. Akan tetapi bagaimana jika terjadi sebaliknya? Anda merasa tertipu oleh pihak penjual online. Bisa saja barang yang Anda terima dalam keadaan rusak atau cacat, atau bisa saja barang yang telah Anda beli tidak sampai di tangan Anda. Hal ini tentu saja sangat mengecewakan dan bisa membuat Anda marah, bukan!?
Sebelum itu terjadi pada Anda, simaklah tips dan cara belanja online di internet berikut ini :
  • Catat no.HP dan Email serta informasi profil penjual seperti Facebook, Twitter, Netlog atau akun jalinan pertemanan lainnya.
  • Cari profile penjual di internet, dengan cara mengetik nomor hp, nomor rekening atau alamat email yang di gunakan.
  • Mintalah informasi yang jelas mengenai produk atau barang yang dijual.
  • Jika penjual berada di luar kota Anda, sebaiknya anda minta verifikasi data-data identitas seperti KTP penjual jika perlu. Hal ini dimaksudkan untuk menguji bahwa penjual tidak melakukan penipuan [bisa juga di cocokkan dengan no rekening si penjual]. Apabila si penjual adalah perusahaan, sebaiknya Anda meminta konfirmasi data perusahaan terutama SIUP dan NPWP mereka.
  • Untuk barang second hand, yang dijual oleh perorangan, minta bantuan orang di kota si penjual yang bisa anda percayai, baik keluarga, teman dan kolega untuk verifikasi barang tersebut cocok seperti apa yang ditawarkan kepada anda, baik kelengkapan maupun kondisi barang tesebut. Jangan melakukan transaksi apapun sebelum ada konfirmasi dari representasi Anda bahwa barang tersebut memang cocok menurut anda.
  • Jika si penjual meminta uang muka agar di transfer melalui rekening banknya, sebelum mengirim uang mohon terlebih dahulu untuk meminta scan KTP dan No rekening penjual.
  • Bila semuanya sudah beres, lakukan transfer uang melalui bank-bank ternama atau melalui orang yang anda percayakan di kota tersebut.
  • Jika penjual mengumbar janji-janji muluk, jangan mudah terpancing. Mintalah garansi atau nota.
  • Jika kemudian bertemu langsung, untuk barang elektronik periksa secara mendetil barang tersebut, tanya kelebihan dan kekurangan dari barang tersebut, tanyakan juga bagaimana dengan layanan purna jual dan garansi.
  • Jangan langsung transfer uang, usahakan untuk tidak membeli jika penjual dirasa kurang meyakinkan.
  • Baca baik-baik kebijakan situs belanja online terhadap data pribadi anda. Jangan sampai di kebijakan itu ada poin yang menyebutkan kalau pengelola situs itu boleh memberikan data pribadi ke pihak lain. Baca juga kebijakan pengembalian barang. Karena barang yang dibeli tidak bisa dilihat secara fisik, harus ada garansi kalau barang yang dikirim cacat, Anda boleh mengirim barang cacat itu kembali dan tentu saja diganti dengan barang baru atau uang Anda kembali. Periksa juga siapa yang membayar pengembalian barang itu.
  • Pertimbangkanlah cara pembayaran. Pembayaran biasanya dilakukan dengan kartu kredit. Dengan kartu kredit, Anda punya bukti kuat kalau anda sudah melakukan transaksi kalau barang tidak diantar atau tidak sesuai pesanan [bukti transfer disimpan sampai barang benar-benar sudah Anda terima].
  • Simpan bukti transaksi. Termasuk deskripsi produk dan harga, kuitansi digital, salinan e-mail antara Anda dengan penjual.
Dasar transaksi Online adalah Kepercayaan antara pembeli dan penjual, jika penjual sudah membuka akses seluas-luasnya untuk mengetahui profil penjual [scan KTP/Buku rekening] dan bukti lain jika diminta oleh pembeli, Anda bisa menentukan keseriusan si penjual untuk melayani pembeli, dan selalu baca ketentuan yang diberikan oleh si penjual seperti FAQ [Frequently Ask Question; adalah pertanyaan-pertanyaan yang biasa ditanyakan dalam sebuah website], yang sering diajukan oleh pembeli.

Tips Berbelanja di Online Shop

ecommerce
Sumber foto : Google
Kurang dari 10 hari lebaran telah tiba, kesibukan sudah mulai nampak terlihat. Seperti perjalanan mudik ke kampung halaman, membuat kue untuk lebaran, beli baju baru dan lain sebagainya. Nah ngomong - ngomong soal baju baru temen - temen pasti sudah pernah denger tentang belanja online atau justru malah sudah sering berbelanja online. Ok kali ini saya akan berbagi tips bagaimana kalau kita berbelanja online yang friendly agar kita tidak ragu lagi untuk berbelanja di dunia maya.
1. Riset situs
Pertama yang mesti temen - temen lakukan jika ingin membeli barang secara online, kunjungi beberapa situs yang menyediakan jasa toko online dan lihat seperti alamat pemilik toko online tersebut, kemudian lihat status website nya menggunakan alexa rank atau google page rank nya. Juga jangan mudah terpengaruh dengan banyaknya komentar yang ada di website tersebut, bisa jadi komentar yang ada di website tersebut buatan sendiri atau di rekayasa biar menarik perhatian konsumen.
2. Nomor penjual
Kedua, yang harus di lakukan adalah cek bener - bener nomor telepon si penjual, kasus seperti ini biasanya sering terjadi di situs yang melayani jasa pasang iklan jual beli gratis, Seperti pada Tokobagus atau di berniaga. Biasanya si penjual gadungan memakai nomer yang sembarangan (tidak valid) setelah transaksi nomer tersebut mendadak tidak bisa di hubungi. Nah lihat dari nomor tersebut, kalo nomer cantik kemungkinan penjual menipu sangat kecil, karena gak mungkin nomer cantik di buang begitu saja :D . Tapi belum tentu juga semua nomer yang gak cantik penjual gadungan :),  ini hanya sedikit tips untuk mengantisipasi jika hal - hal yang tidak kita inginkan terjadi pada kita.
3. Periksa produk
Selanjutnya setelah mengetahui kalau kepemilikan website tersebut bener - bener orisinil, pilihlah produk yang anda inginkan. Lihat detail produk tersebut seperti ukuran, jenis, warna, bahan, berat, harga, nah kali ini adalah harga. Biasanya kita akan tertarik dengan harga yang murah dan barang tersebut bagus. Seperti dari pengalaman saya ada sebuah online shop yang menjual laptop dengan harga yang sangat murah sekali, laptop tersebut di jual dengan harga di bawah 2 juta + garansi secara resmi masih bersegel itu keterangan yang saya lihat di produk tersebut, padahal harga rata - rata laptop tersebut secara resmi dari garansinya adalah sekitar 7 jutaan. Ya meskipun orang tersebut penjual yang jujur, namun pembeli akan berfikir seribu kali untuk membeli barang yang harganya tidak masuk akal seperti itu.
4. Domain
Waspadailah pada nama sebuah website yang menggunakan subdomain, atau nama domain yang gratisan. Walaupun tidak semuanya yang menggunakan jasa subdomain atau domain gratisan itu akan menipu pelangganya, paling tidak kita lebih sedikit waspada terhadap website tersebut. Biasanya website yang profesional akan menyewa nama domain sendiri seperti yang akhirannya .com .co.id atau yang lainnya. Tapi jika barang yang kita inginkan hanya ada di website yang memakai nama domain gratisan atau subdomain, tidak ada salahnya untuk melakukan pengecekan seperti langkah - lagkah dari awal di atas, untuk membuktikan kebenaran dari website tersebut.
5. Komunikasi dengan penjual
Biasanya setelah kita melakukan checkout barang, langkah selanjutnya adalah melakukan pembayaran. Sebelum melakukan pembayaran alangkah lebih baik kita berkomunikasi terlebih dahulu dengan si penjual, mengenai ketersediaan barang (langkah ini biasanya di lakukan sebelum melakukan checkout), mencoba tanya kembali jumlah uang yang di transfer meskipun kita sudah tahu sebelumnya, atau sekedar tanya - tanya produk yang lainnya. Pura - puranya kita sok akrab dengan pembeli :D, ini semata - mata hanya untuk mengecek apakah penjual tersebut benar - benar bukan penjual gadungan. Lakukan komunikasi tersebut secara terus menerus sampai pada saat kita selesai mentransfer uang. Dan jangan sampai putus komunikasi sebelum barang yang kita beli sampai di tangan kita.
6. Meminta nomor resi
Nomor resi adalah nomor pengiriman barang, yang biasanya di berikan oleh perusahaan jasa pengiriman barang. Rata - rata online shop menggunakan jasa pengiriman barang melalui perusahaan TIKI, JNE. Kita sebagai pembeli jangan sampai lupa untuk meminta nomor resi tersebut dan lakukan pengecekan secara online. kalau melalui TIKI JNE langsung saja kunjungi situs tersebut dan masukkan nomor resi yang di berikan oleh penjual, jika ada berarti barang sudah melalui proses pengiriman, namun jika tidak ada belum tentu penjual membohongi. Coba hubungi kembali si penjual dan tanyakan, biasanya penjual tersebut melakukan proses pengiriman di cabang TIKI JNE bukan di kantor langsung jadi nomor resi tersebut belum bisa tercatat.
7. Transfer dengan angka unik
Jika semuanya sudah jelas, dan produk sudah di pesan saatnya adalah melakukan transfer uang. Karena sekarang sudah menggunakan ATM bersama jadi, jika melakukan transfer gunakanlah angka unik, misalnya barang yang teman - teman beli seharga Rp 100.000 transferlah dengan jumlah Rp 100.099 atau dengan angka unik yang lainnya. Ini memudahkan penjual untuk melakukan proses pengiriman pada pembeli yang tepat. Biasanya penjual akan selalu mengingatkan pada pembeli untuk mentransfer dengan jumlah uang yang unik, tapi jika penjual tidak mengingatkan, kita sebagai pembeli harus berinisiatif untuk melakukannya dan segera konfirmasi pada penjual.
Oke, mungkin cukup untuk tips yang saya berikan di atas, tips - tips di atas saya ambil berdasarkan dari pengalaman saya pribadi, karena saya sering melakukan pembelian barang secara online. Semoga tips - tips di atas membantu bagi teman - teman yang baru akan mencoba untuk bertransaksi secara online. Dan kedepannya jadi lebih enjoy untuk membeli barang - barang melalui online shop. Karena biasanya, sekali kita membeli barang secara online dan barang itu sampai di tangan kita, maka kita seterusnya akan ketagihan untuk melakukan pembelian barang - barang yang lainnya secara online juga. So Happy Shooping :D

tips untuk selamat ketika berbelanja

Belanja secara online memang menyenangkan, Anda tinggal menyalakan PC, aktifkan internet dan dengan beberapa kali klik, Anda bisa memilih barang yang diinginkan dan setelah transaksi terjadi, barang akan langsung dikirim ke tempat tujuan. Semua itu bisa dilakukan tanpa beranjak dari depan komputer.

Namun jangan lupa untuk tetap memperhatikan hal-hal penting yang bisa membuat belanja online Anda menjadi tetap menyenangkan. Karena banyak bahaya mengintai yang siap menjerumuskan Anda.

Berikut beberapa tips sederhana agar belanja online Anda lebih aman dan nyaman:

1. Hati-hati memberi informasi
Jangan pernah untuk memberi tahu berbagai informasi mengenai data keuangan Anda, seperti nomor PIN, password atau nomor penting lainnya yang berhubungan dengan keuangan Anda. Para pedagang tidak membutuhkan hal itu, jadi jika ada kolom yang menanyakan hal tersebut lebih baik diabaikan saja.

2. Periksa identiti/status penjual
Pastikan penjual yang hendak Anda beli barangnya memiliki reputasi yang bagus. Periksa apakah penjual tersebut memiliki alamat yang jelas. Hati-hatilah jika mereka hanya mencatumkan nomor telepon serta alamat email gratisan.

3. Perhatikan ikon pada browser
Sebuah browser akan menampilkan ikon tertentu jika situs yang dikunjungi tidak aman atau memiliki status berbahaya. Jika Anda tertarik pada barang yang ditawarkan, sedangkan browser menampilkan ikon unsecure, abaikan saja situs tersebut.

4. Pastikan komputer Anda terdapat aplikasi protek
Sangat disarankan Anda menggunakan aplikasi proteksi tambahan selain antivirus. Sebaiknya tambahkan dengan aplikasi firewall, enkripsi atau anti-phishing untuk mencegah terjadinya pencurian identitas.

5. Jika ragu, tinggalkan saja
Tampilan yang menarik, harga murah, serta pilihan barang yang beragam memang menggoda. Hal inilah yang bisa dijadikan semacam jebakan oleh situs online ilegal/palsu untuk menarik korbannya. Oleh karena itu jika Anda masih memiliki keraguan akan status si penjual, lebih baik cari situs lain yang sudah lebih terpercaya.

6. Cari web dengan logo SSL
Mirip tips nomor 3, perhatikan logo SSL pada bagian bawah browser Anda. Logo SSL merupakan teknologi standar keamanan yang mana akan melindungi proses transaksi.

7. Jangan langsung tergiur harga murah
Kadang Anda menemui suatu barang dengan penawaran yang melampaui ekspektasi Anda. Potongan harga yang terlalu tinggi, harga terlalu murah yang cenderung tidak masuk akal kadang merupakan jebakan untuk mengelabui pembeli.

8. Ubah password secara berkala
Saat bertransaksi melalui situs online, biasanya Anda memiliki akun tersendiri yang mana didalamnya disertakan penggunaan password. Nah, lakukan penggantian password secara rutin. Dan yang tidak kalah penting, lakukan log-out setiap selesai melakukan transaksi.